GOSSIP HARIAN BERITA TERKINI: VAPE MELETUP SEHINGGA PATAH TULANG

29.11.15

VAPE MELETUP SEHINGGA PATAH TULANG

Pada Jumaat lalu, seorang lelaki cedera parah iaitu patah leher dan keretakan pada tulang muka selepas vape yang sedang digunakannya tiba-tiba meletup.

Dalam insiden itu, mulut Cordero Caples (mangsa) , juga melecur apabila peranti berkenaan meletup.

Kejadian itu mengakibatkan pemuda berusia 29 tahun itu terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang memetik MStar.

Vape meletup, lelaki Lelaki patah leher dan muka retak


“Tidak dapat dipastikan sama ada dia mampu berjalan seperti biasa selepas ini. Kami hanya berharap Caples dapat sembuh sepenuhnya,” ujar salah seorang ahli keluarganya.

Letupan mungkin disebabkan kesilapan pengendalian dan dipercayai Caples telah terlebih mengecas peranti itu, ujar orang yang menjual vape itu kepadanya.

Kakaknya, Colessia Porter berkata, Cordero dalam keadaan kritikal kerana kejadian itu boleh mengakibatkan dia lumpuh.

“Dia perlukan penjagaan sepanjang masa selepas menjalani pembedahan tulang belakang,” katanya kepada stesen WMC-TV yang berpangkalan di Memphis.

Jabatan Bomba Colorado Springs, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Oleh itu, saya ingin menasihatkan pengguna vape untuk berhati hati ketika menggunakannya. Langkah yang terbaik adalah untuk berhenti vape. Dengan itu keselamatan dan kesihatan juga terjamin. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 Si Comell:

Post a Comment

Komenlah jika anda sayangkan blog saye nih .
Trimass ~

 
All Right Reserved by HDYAH