GOSSIP HARIAN BERITA TERKINI

29.11.15

PERILAKU ANEH KETIKA OBAMA MELAWAT MALAYSIA

Perlakuan pelik ketika Obama (Presiden US) melawat Malaysia, tempoh hari. 

Kisah ini dikongsikan oleh Maxazman Sabudin menerusi laman Facebook Miliknya.

Mari kita lihat apa yang peliknya.

Sesuatu yang pelik berlaku semasa Obama datang Malaysia

Beikut merupakan pendedahan dari beliau:

Dalam semua majlis istiadat penuh Rejimen Askar Melayu DiRaja ketika menerima pemimpin luar negara, bayonet (pisau) pada hujung M16 adalah senjata yang wajib ada sebagai melengkapi seragam istiadat.

Namun ketika Presiden Amerika berkunjung baru-baru ini, pihak Secret Service White House telah MELARANG pemasangan bayonet tersebut.

Secara ringkas, Presiden Amerika tidak percaya kepada rakyat Malaysia.

Persoalannya, mahukah kita percaya padanya? Tepuk dada tanya diri sendiri.
 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

SUNAT MEMBUNUH CICAK PADA MALAM JUMAAT?

Kenapa sunat membunuh cicak? Apakah itu kerana ia pernah meniupkan api yang membakar Nabi Ibrahim? Jika benar, mengapa kerana kesalahan seekor cicak ratusan tahun lalu, semua cicak mesti dibunuh hingga ke hari ini?

Jawapan :

Setiap perintah Rasulullah SAW mestilah mengandungi hikmah tertentu, sama ada kita mengetahui atau tidak.

Hadis yang mengandungi perintah membunuh cicak adalah sahih berasal daripada Nabi SAW. Antaranya hadis riwayat Muslim daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Nabi memerintahkan untuk membunuh cicak dan menyebutnya sebagai haiwan perosak (fuwaisiq).

Sunat

Berdasarkan hadis di atas, para ulama sepakat menyatakan sunat membunuh cicak. Sebabnya kerana cicak termasuk haiwan perosak, pengotor dan boleh membawa penyakit.

Dalam istilah moden, kita boleh mengatakan bahawa cicak termasuk dalam kategori haiwan perosak seperti nyamuk, tikus, lipas dan lain-lain. Semua haiwan ini digalakkan dibunuh untuk menjaga kesihatan manusia.

Berkata Imam al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim: “Nabi memerintahkan dan menggalakkan untuk membunuh cicak kerana ia termasuk mu’ziyat (haiwan-haiwan yang dapat mengganggu kesihatan manusia).”

Meniup api Ibrahim

Kisah cicak meniup api yang membakar Nabi Ibrahim memang sahih. Al-Bukhari meriwayatkan, Nabi memerintahkan Ummu Syarik untuk membunuh cicak. Baginda bersabda: “Ia pernah meniup api pembakaran Nabi Ibrahim (untuk menyalakannya).”

Namun hadis ini sama sekali tidak menunjukkan bahawa perkara itu tidak menjadi ‘illat (penyebab) suruhan tersebut. Menurut al-Baidawi, ini menunjukkan betapa kotor dan buruknya cicak sehinggakan syaitan boleh memperalatkan (cicak) untuk meniup dan menambah besar api yang membakar Nabi Ibrahim.

Jadi, lagi-lagi perbincangan kembali kepada sifat perosak dan kotor haiwan kecil ini. Sifat inilah yang menjadi sebab utama mengapa Islam memerintahkan untuk membunuhnya. Bukan kerana motif balas dendam atau perkara lainnya.

Adapun hadis al-Nasa’i dan Ibnu Majah yang menceritakan bahawa Siti Aisyah menyiapkan sebuah tombak untuk membunuh cicak, itu adalah hadis lemah.

Dalam hadis tersebut, Rasulullah SAW menceritakan bahawa semasa Nabi Ibrahim dilempar ke dalam api, semua haiwan berusaha memadamkannya kecuali cicak. Haiwan ini malah meniup untuk menyalakan api. Maka sebab itulah Rasulullah memerintahkan untuk membunuhnya.

Dalam sanad hadis ini terdapat kecacatan yang melemahkannya.

Wallahulam.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
All Right Reserved by HDYAH