GOSSIP HARIAN BERITA TERKINI: 2015

29.11.15

PERILAKU ANEH KETIKA OBAMA MELAWAT MALAYSIA

Perlakuan pelik ketika Obama (Presiden US) melawat Malaysia, tempoh hari. 

Kisah ini dikongsikan oleh Maxazman Sabudin menerusi laman Facebook Miliknya.

Mari kita lihat apa yang peliknya.

Sesuatu yang pelik berlaku semasa Obama datang Malaysia

Beikut merupakan pendedahan dari beliau:

Dalam semua majlis istiadat penuh Rejimen Askar Melayu DiRaja ketika menerima pemimpin luar negara, bayonet (pisau) pada hujung M16 adalah senjata yang wajib ada sebagai melengkapi seragam istiadat.

Namun ketika Presiden Amerika berkunjung baru-baru ini, pihak Secret Service White House telah MELARANG pemasangan bayonet tersebut.

Secara ringkas, Presiden Amerika tidak percaya kepada rakyat Malaysia.

Persoalannya, mahukah kita percaya padanya? Tepuk dada tanya diri sendiri.
 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

SUNAT MEMBUNUH CICAK PADA MALAM JUMAAT?

Kenapa sunat membunuh cicak? Apakah itu kerana ia pernah meniupkan api yang membakar Nabi Ibrahim? Jika benar, mengapa kerana kesalahan seekor cicak ratusan tahun lalu, semua cicak mesti dibunuh hingga ke hari ini?

Jawapan :

Setiap perintah Rasulullah SAW mestilah mengandungi hikmah tertentu, sama ada kita mengetahui atau tidak.

Hadis yang mengandungi perintah membunuh cicak adalah sahih berasal daripada Nabi SAW. Antaranya hadis riwayat Muslim daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Nabi memerintahkan untuk membunuh cicak dan menyebutnya sebagai haiwan perosak (fuwaisiq).

Sunat

Berdasarkan hadis di atas, para ulama sepakat menyatakan sunat membunuh cicak. Sebabnya kerana cicak termasuk haiwan perosak, pengotor dan boleh membawa penyakit.

Dalam istilah moden, kita boleh mengatakan bahawa cicak termasuk dalam kategori haiwan perosak seperti nyamuk, tikus, lipas dan lain-lain. Semua haiwan ini digalakkan dibunuh untuk menjaga kesihatan manusia.

Berkata Imam al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim: “Nabi memerintahkan dan menggalakkan untuk membunuh cicak kerana ia termasuk mu’ziyat (haiwan-haiwan yang dapat mengganggu kesihatan manusia).”

Meniup api Ibrahim

Kisah cicak meniup api yang membakar Nabi Ibrahim memang sahih. Al-Bukhari meriwayatkan, Nabi memerintahkan Ummu Syarik untuk membunuh cicak. Baginda bersabda: “Ia pernah meniup api pembakaran Nabi Ibrahim (untuk menyalakannya).”

Namun hadis ini sama sekali tidak menunjukkan bahawa perkara itu tidak menjadi ‘illat (penyebab) suruhan tersebut. Menurut al-Baidawi, ini menunjukkan betapa kotor dan buruknya cicak sehinggakan syaitan boleh memperalatkan (cicak) untuk meniup dan menambah besar api yang membakar Nabi Ibrahim.

Jadi, lagi-lagi perbincangan kembali kepada sifat perosak dan kotor haiwan kecil ini. Sifat inilah yang menjadi sebab utama mengapa Islam memerintahkan untuk membunuhnya. Bukan kerana motif balas dendam atau perkara lainnya.

Adapun hadis al-Nasa’i dan Ibnu Majah yang menceritakan bahawa Siti Aisyah menyiapkan sebuah tombak untuk membunuh cicak, itu adalah hadis lemah.

Dalam hadis tersebut, Rasulullah SAW menceritakan bahawa semasa Nabi Ibrahim dilempar ke dalam api, semua haiwan berusaha memadamkannya kecuali cicak. Haiwan ini malah meniup untuk menyalakan api. Maka sebab itulah Rasulullah memerintahkan untuk membunuhnya.

Dalam sanad hadis ini terdapat kecacatan yang melemahkannya.

Wallahulam.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

BANJIR DI KELANTAN DISEBABKAN OLEH MUSUH ALLAH

Menjelang hujung tahun ini, kejadian banjir di Kelantan bukanlah sesuatu yang mengejutkan lagi. Rata-rata semua percaya kejadian ini disebabkan fenomena alam iaitu akibat hujan lebat setiap hari.
Namun kejadian banjir di Kelantan bukanlah fenomena alam biasa tetapi ianya “dicipta” oleh musuh-musuh Allah.

Bagaimana musuh Allah ini mampu mencipta fenomena yang sedemikian rupa? Menerusi Bumi yang Tercinta, mari kita baca info dibawah ini 

Sejak kebelakangan ini asyik berlaku kemarau, jerebu, banjir besar, tsunami, ribut taufan, gempa bumi, …………

Adakah semua ini berlaku secara semula jadi?

Sedangkan cuaca dibumi kita 50 tahun dahulu tidak pernah menjadi seperti kini.

Jawapannya ialah cuaca di bumi kita kini bukan lagi semulajadi tetapi telah di “KACAU” oleh “SYAITAN” yang bertopengkan manusia.

Pernahkah anda mendengar perkataan “HAARP”?

“HAARP” atau digelar sebagai “High Frequency Active Auroral Research Program” merupakan suatu teknologi yang digunakan untuk mengubahsuai cuaca sehingga mengakibatkan terjadinya gempa bumi, tsunami, puting beliung, kemarau, banjir, jerebu, letusan gunung berapi dan banyak lagi.

HAARP juga boleh digunakan untuk mengganggu sistem komunikasi di seluruh dunia.
HAARP sering digunakan sebagai senjata oleh pihak Israel, Amerika dan Russia untuk melawan negara atau wilayah yang mereka musuhi.

Lokasi HAARP yang terdapat di bumi kita:

Banjir di Kelantan bukan fenomena semulajadi tetapi “dicipta” musuh Allah
1) Gakona di Alaska,

2) Broome di Australia,

Nama lain bagi HAARP -
1) Mu Radar – 1 megawatt (kekuatan) di Jepun.
2) Arecibo Observatory – 2 megawatt (kekuatan) di Puerto Rico.
3) HIPAS – 70 megawatt (kekuatan) di timur Alaska.
4) Sura – 190 megawatt (kekuatan) di Russia.
5) EISCAT – 1 gigawatt (kekuatan) di Tromsø, Norway.

Contoh bencana alam yang dihasilkan oleh HAARP:

1) Ribut taufan Katrina (August 23-30, 2005).
2) Ribut taufan Ophelia (September 8-16, 2005).

3) Ribut taufan Bertha (July 8, 2008).

4) Myanmar Cyclone Nargis (2008). 

5) Gempa bumi di China (12 May 2008).

Bagaimanakah HAARP berfungsi?

Gelombang yang dijana dari stesen HAARP akan dipancarkan ke bahagian yang tertentu pada bahagian ionosfera di mana-mana bahagian di dalam dunia. Gelombang tersebut seterusnya akan mengganggu kestabilan ionosfera dan menyebabkan akan berlakunya penolakan ke arah luar bumi. 

Lapisan ionosfera yang terganggu tadi secara semulajadinya akan kembali ke keadaan asal. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya satu penolakan gelombang semula ke muka bumi. Gelombang inilah yang akan menyebabkan kerosakan ke atas muka bumi sama ada dalam bentuk tsunami, gempa bumi dan sebagainya.

Bagi menghasilkan bencana alam atau cuaca yang mereka ingini, mereka hanya perlu menggunakan frekuensi yang berlainan dan memancarnya ke arah ionosfera pada tempoh yang tertentu bagi mendapatkan impak yang mereka ingini.

Banjir besar di Kelantan pada 24 Disember 2014 adalah kerana HAARP.

Fakta Penting:

1) Banjir di Kelantan pada 24 Disember 2014 adalah yang terburuk dalam sejarah banjir di Malaysia.

2) Tempiasnya merebak sehingga negeri Pahang dan Terengganu.

Tetapi kenapa mereka memilih Kelantan? 

Fikirkanlah dan renungkanlah...

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

VAPE MELETUP SEHINGGA PATAH TULANG

Pada Jumaat lalu, seorang lelaki cedera parah iaitu patah leher dan keretakan pada tulang muka selepas vape yang sedang digunakannya tiba-tiba meletup.

Dalam insiden itu, mulut Cordero Caples (mangsa) , juga melecur apabila peranti berkenaan meletup.

Kejadian itu mengakibatkan pemuda berusia 29 tahun itu terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang memetik MStar.

Vape meletup, lelaki Lelaki patah leher dan muka retak


“Tidak dapat dipastikan sama ada dia mampu berjalan seperti biasa selepas ini. Kami hanya berharap Caples dapat sembuh sepenuhnya,” ujar salah seorang ahli keluarganya.

Letupan mungkin disebabkan kesilapan pengendalian dan dipercayai Caples telah terlebih mengecas peranti itu, ujar orang yang menjual vape itu kepadanya.

Kakaknya, Colessia Porter berkata, Cordero dalam keadaan kritikal kerana kejadian itu boleh mengakibatkan dia lumpuh.

“Dia perlukan penjagaan sepanjang masa selepas menjalani pembedahan tulang belakang,” katanya kepada stesen WMC-TV yang berpangkalan di Memphis.

Jabatan Bomba Colorado Springs, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Oleh itu, saya ingin menasihatkan pengguna vape untuk berhati hati ketika menggunakannya. Langkah yang terbaik adalah untuk berhenti vape. Dengan itu keselamatan dan kesihatan juga terjamin. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

BEZA MODAL ROKOK DAN VAPE

Rokok elektronik ataupun dikenali sebagai vape kini semakin ramai pengguna. Memang tidak dapat dinafikan vape lebih murah berbanding rokok. Hal ini kerana hanya perlu membeli 'flavour' dan mampu habis sekurangnya seminggu berbanding sekotak rokok yang habis 1-2 hari sahaja.

Oleh itu, dengan vaping dapat menjimatkan ribuan ringgit malahan dapat mengurangkan atau memberhentikan pengambilan rokok.



Berikut disenaraikan perbezaan perbelanjaan modal vape berbanding rokok yang dikongsikan oleh vapers Malaysia.

Modal rokok :

RM17 x 365 hari = RM6205 / setahun

Sekarang bandingkan dengan duit yang boleh kita jimat dengan vape

Modal vape :

Mod + Tank = RM200
Flavour = RM35 / seminggu

1 tahun = 52 minggu
35 x 52 minggu = RM1820
Mod + Tank + Flavour = RM200 + RM1820 = RM2020

Lihat berapa banyak yang kita dapat jimat dengan hanya vaping.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

MAT LUTHFI BAKAL BERKAHWIN???

Siapa yang tidak mengenali Mat Lutfi, lelaki yang di gilai ramai wanita. Vlog (video blog) beliau mengandungi kisah kisah teladan dan jenaka yang di kunjungi oleh ramai penonton di YouTube.

Terbaharu, tersebar berita Mat Luthfi bakal berkahwin dan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hati yang juga tunangnya.

Kisah ini kini viral di laman sosial. Ramai wanita yang patah hati tentang khabar ini namun kalau dah jodoh mereka, kita redha ajalah. Malah abang kan masih ada. He he he.

Mari kita nantikan kisah mereka lebih lanjut akan datang. Harap harap mereka jadilah di ijab kabulkan jika ada jodoh.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

FAKTA DISEBALIK KEJADIAN KAPAL TITANIK



Pada tahun 1912, pada jam 11.40 malam iaitu pada 14 April, kapal RMS Titanic melanggar ketulan ais besar di Lautan Atlantik sebelum tenggelam kira-kira 2 jam selepas itu.

Kejadian menyayat hati ini mengorbankan nyawa kira-kira 1,517 penumpang dan anak kapal.

Mari kita lihat beberapa fakta menarik tentang kejadian titanik.




1. Latihan keselamatan bersama bot keselamatan dibatalkan

Semua orang tahu bahawa Titanic tidak membawa bot keselamatan yang mencukupi, tetapi ramai yang tidak tahu pada pagi hari kejadian, penumpang dan krew Titanic sepatutnya mengadakan latihan kecemasan bersama bot keselamatan. Namun ia dibatalkan, dan ramai percaya jika latihan itu dilakukan, ia boleh menyelamatkan lebih ramai nyawa.

2. Hanya 37 saat

Ketika pengawal peninjau memberikan amaran tentang ketulan ais tersebut, pegawai bertugas hanya mempunyai 37 saat untuk melakukan sesuatu. Pembantu kapten, William McMaster Murdoch, mengeluarkan arahan agar kapal dihalakan ke kiri serta merta, namun ia tetap gagal mengelakkan kapal itu daripada melanggar ketulan ais tersebut.

3. Akhbar Titanic

Titanic memiliki akhbarnya sendiri, Atlantic Daily Bulletin yang diterbitkan di atas kapal berkenaan. Ia melaporkan pelbagai berita; perniagaan, politik dan hiburan, malah turut menyenaraikan menu harian yang disediakan di atas kapal.

4. Bot keselamatan tidak penuh

Bukan sahaja tidak memiliki bot keselamatan yang mencukupi, tetapi hampir kesemua bot yang dilepaskan untuk menyelamatkan mangsa tidak diisi sepenuhnya. Bot pertama yang dilepaskan hanya membawa 12 orang walaupun mempunyai kapasiti seramai 40 orang, manakala bot-bot lain ada yang hanya membawa 20 hingga 30 mangsa, walaupun mampu diisi hingga 65 orang. Disebabkan itu tidak ramai penumpang yang dapat diselamatkan.

5. Dua tab mandi

Kebanyakan penumpang Titanic perlu berkongsi bilik air (kecuali penumpang kelas pertama yang mempunyai kemudahan bilik air peribadi). Penumpang kelas ketiga disifatkan paling ‘malang’ apabila terpaksa berkongsi tab mandi. Bayangkan, 700 orang berkongsi dua tab mandi!

6. Kapal paling dekat tidak beri respon

Ketika isyarat kecemasan dilepaskan Titanic, kapal yang berada dalam jarak paling dekat dengannya ialah The Californian. Namun tiada respon dari kapal berkenaan. Krew kapal The Californian dikatakan mengejutkan kapten mereka selepas melihat isyarat kecemasan itu, namun tiada arahan daripadanya untuk bertindak.

7. Dua anjing diselamatkan

Ketika orang ramai dimaklumkan bahawa bot keselamatan tidak mencukupi dan keutamaan diberi kepada wanita dan kanak-kanak, dua ekor anjing rupa-rupanya ‘terlepas’ dan berjaya menaiki bot keselamatan dan diselamatkan.

8. Serombong hiasan keempat

Imej Titanic yang biasa kita lihat menerusi foto adalah sebuah kapal besar dengan empat serombong asap. Tetapi daripada empat serombong itu, hanya tiga yang berfungsi. Serombong keempat hanyalah hiasan semata-mata kerana pereka Titanic berpendapat kapal tersebut akan nampak lebih ‘megah’ dengan empat serombong asap.

9. Kapal penghantar surat

Singkatan RMS pada pangkal nama Titanic menggambarkan ia bukan sekadar sebuah kapal persiaran, tetapi juga berkhidmat sebagai penghantar surat. Terdapat 5 buah peti surat disediakan di atas kapal itu, dengan lima pegawai pos bertanggungjawab menyelenggara kira-kira 3,423 surat. Namun, tiada satu pun surat-surat ini berjaya ditemui selepas Titanic karam. Jika ada yang berjaya ditemui, ia akan tetap dihantar perkhidmatan pos Amerika Syarikat kerana kebanyakan surat itu dialamatkan ke Amerika Syarikat.

10. Pengurusan mayat


Kapal CS Mackay-Bennett menghabiskan masa lima hari untuk mencari sebanyak mungkin mayat mangsa Titanic. Kapal tersebut dibekalkan dengan 40 bahan pengawet, ais, dan 100 buah keranda. Anak kapal CS Mackay-Bennett berjaya membawa naik 328 mayat, namun 119 daripadanya berada dalam keadaan yang terlalu teruk dan terpaksa dibiarkan ‘tertanam’ di dasar lautan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
All Right Reserved by HDYAH