GOSSIP HARIAN BERITA TERKINI: CARA NAK KURUSKAN PIPI

29.11.15

CARA NAK KURUSKAN PIPI



Pipi yang tembam dan bulat boleh menampakkan bentuk wajah kamu agak kegemukan. Ikutlah apa sahaja teknik make up untuk menutupinya pasti ia akan terserlah juga. Jadi, mari kita cuba 6 cara untuk kuruskan pipi dengan berkesan!



 1 : KUNYAH GULA-GULA GETAH!
Mengunyah gula-gula getah merupakan salah satu senaman terbaik buat wajah. Ia mampu menbuatkan segala otot di wajah ‘berkerja’. Jadi, secara tidak langsung, ia membuatkan wajah kamu semakin tirus dan kecil.

 2 : TEKANAN BOLA TENIS
Jangan terkejut, bola tenis juga boleh digunakan sebagai alatan untuk mengecilkan pipi. Lakukan senaman ini beberapa kali selama 15 – 20 saat dengan cara letakkan bola tenis di kawasan leher dan tahan dengan dagu. Lakukan setiap hari dan anda akan rasa perubahannya.

 3 : MENGUAP
Menguap bukan sahaja untuk menghirup lebih banyak oksigen ke dalam badan. Malah menguap juga mampu membakar lemak di kawasan dagu tetapi elakkan dari melakukan pekara ini secara kerap.

 4 : GERAKAN MULUT IKAN
Hirup udara yang segar sambil memuncungkan bibir sehinggi pipi menjadi runcing. Tahan selama beberapa saat, pastikan tiada udara yang keluar melalui mulut saat menahan nafas lalu hembuskan dan kembalikan posisi wajah yang normal. Lakukan sekurang-kurangnya sepuluh kali.

 5 : KETAWA
Ketawa mampu mengecilkan bentuk wajah disamping memberi perasaan bahagia. Ini kerana apabila kita ketawa, dagu akan bergerak ke atas dan ke  bawah. Ia akan menarik segala otot di wajah. Ketawa adalah senaman yang paling mudah dan tanpa disedari.

 6 : LATIHAN PIPI
Buka mulut selebarnya dan jelirkan lidah lakukan gerakan ini secara melingkar (putaran). Lakukan gerakan ini selama 60 saat dan ulangi sehingga setengah jam. Teknik ini akan melonggarkan otot-otot di wajah agar lebih relax dan tidak tegang.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 Si Comell:

Post a Comment

Komenlah jika anda sayangkan blog saye nih .
Trimass ~

 
All Right Reserved by HDYAH