GOSSIP HARIAN BERITA TERKINI: TIPS BERJIMAT KETIKA DATING

29.11.15

TIPS BERJIMAT KETIKA DATING

Gelisah boyfriend/girlfriend anda ajak dating tapi hanya ada RM10 dalam dompet? Mari kita cuba tips untuk jimat ketika dating . Tak perlu keluarkan duit yang banyak. RM10 sudah cukup memadai ! 



1) Naik LRT

Tahukah anda, dengan hanya satu kepala RM1, Sebotol Air Ribena dan dua bungkus roti high five bilis dan tuna sudah cukup membuatkan hari anda dan si dia sudah cukup meriah? Naik tren dari tempat anda dengan hanya RM1 (RM2 untuk dua orang), berjalanlah hingga ke hentian terakhir kemudian patah balik dan turun ke hentian yang sepatutnya anda turun. Selalu kalau naik tren dari Kelana Jaya sampai Gombak dalam RM5 lah kot. Tapi ini cuma RM1 je.

2) Naik Bas Free

Di sekitar Petaling Jaya ada satu bas warna hijau, nama bas tersebut ada PJ City Bus siap ada wifi lagi. Jadi anda hanya bawa laptop atau fon, makanan yang mencukupi, bas tersebut akan pusing dari Taman Medan dan berjalan ke sekitar PJ, lepastu pandai-pandailah nak turun mana. Kalau nak naik dari Taman Medan  turun balik Taman Medan pun boleh, sebab bas ini hanya berhenti di Taman Medan. Dekat Taman Medan ada banyak kedai makan, waktu bas tersebut berhenti, bolehlah anda dan pasangan turun minum air oren sekejap.

3) Naik KTM

Konsepnya sama seperti LRT, cumanya KTM ini ‘kerek’ sikit. Kalau kamu perasan, bukan semua pintu masuk stesen KTM ini ada orang jaga tau. Kalau tak ada orang jaga tak payah lah beli tiket, korang pusing je sampai Pelabuhan Klang ke Seremban ke, kalau ada orang check tiket korang tunjuk je kad Touch and Go tuh, korang cakap korang bayar pakai kad. Tapi kena ada dua sekali lah kad Touch n Go tau. Sesekali nakal tak apa. Itupun kalau korang dah tak cukup duit sangat lah.

4) Lepak Dataran Merdeka.

Isi Minyak motor dari Klang RM5 lepastu lepak Dataran di tengah hari buta atau kalau nak redup lepak malam. Kalau boleh bawalah bekal sikit alas perut. Sambil tengok Mat-Mat Rempit buat Wheeli & Wikang, jimat duit sikit. Kalau korang nak tengok TATU cuma Hari Tentera Darat je ada, itupun tiket dah berapa kan? Kalau RM10 jangan beranganlah nak tengok, dapat amik bau stadium pun dah cukup.

5) Pergi Kenduri Kahwin.

Siapa kata tak boleh dating kat kenduri kahwin? Bukan sahaja anda dapat makan free bersama kekasih, malah anda dapat berangan naik pelamin bersama kekasih anda. Pada masa itu kekasih anda mesti akan meminta anda untuk segera melamarnya. Jadi rajin rajin lah datang ke kenduri kahwin bersama kekasih.

6) Lepak Taman


Dah duit RM10 je. Tak payahlah berangan nak jalan jauh sangat. Duduk je taman makan kacang rebus, jagung manis dengan air tembikai kongsi dua orang dah cukup.

7) Makan dahulu sebelum keluar

Sebaiknya isi perut dahulu di rumah sebelum keluar berjalan-jalan dengan kekasih anda. Jadi anda tidak perlu menghabiskan duit untuk membeli makanan. Lagi pula makanan di luar seperti shopping complex lebih mahal berbanding di tempat lain. Jika lapar, beli makanan ringan seperti roti (RM1) dengan itu anda dapat berkongsi bersama kekasih anda malah dapat menjimatkan duit !

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 Si Comell:

Post a Comment

Komenlah jika anda sayangkan blog saye nih .
Trimass ~

 
All Right Reserved by HDYAH