GOSSIP HARIAN BERITA TERKINI: CARA MENCERAHKAN KULIT DI BAWAH LENGAN

29.11.15

CARA MENCERAHKAN KULIT DI BAWAH LENGAN





Alamak! Malunya apabila suami melihat bawah lengan kita gelap. Malahan tiada keyakinan diri untuk keluar dengan memakai baju tanpa lengan. Mari kita cuba tips di bawah ni untuk tanganinya.


Pengelupasan Sel Kulit Mati

Kulit hitam yang ada, sebenarnya merupakan kumpulan sel kulit mati. Untuk itu, apa kata gunakan produk-produk yang boleh di percayai dan menyediakan perawatan khusus  untuk membuang semua sel kulit mati terutamanya di bahagian kulit bawah lengan dengan cara penglupasan.
Kamu juga boleh mengunakan teknik menggosok bahagian ketiak menggunakan scrub, fungsinya untuk merangsang sel-sel kulit membentuk lapisan baru yang telah rosak.


Memilih Pisau Cukur

Bulu ketiak yang tidak di cukur sempurna adalah salah satu punca penyumbatan pori-pori kulit di sekitar ketiak. Pekara ini boleh menyebabkan kulit di kawasan bawah lengan menghitam.
Jadi, untuk mengelakkannya guna pencukur yang berkualiti dan elakan daripada memakai pisau cukur yang tumpul. Kamu juga boleh menggunakan altenatif waxing untuk mencabut bulu ketiak hingga ke akarnya . Malah bulu ketiak juga akan lebih lama untuk tumbuh kembali.


Jangan Salah Pilih Deodorant

Salah memilih deodorant juga boleh menyebabkan ketiak kamu gelap dan hitam. Besar kemungkinan kandungan di dalamnya tidak berapa sesuai dengan jenis kulit kamu hingga boleh menyebabkan kulit warna berubah menjadi gelap.
Pilih deodorant yang mengandungi kandungan asam linolenat dari minyak biji bunga matahari untuk mengurangkan warna hitam pada ketiak. Tetapi sebelum kamu guna, pastikan kamu tidak alah dan selamat menggunakannya.


Guna Limau Nipis

Limau nipis bukan sahaja mempunyai bau yang sedap dan menyegarkan, ia juga boleh mengurangkan masalah kulit gelap di bawah lengan. Malah, ia juga boleh menghilangkan bau busuk di bahagian ketiak.
Belah limau dan kemudian sentalkan di ketiak sehingga segala kotoran tetanggal. Jangan lupa sentalkan sekali kulit limau di ketiak ya, sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan bau busuk yang ada!


Pola Pemakanan

Mungkin kamu seorang yang suka makan makanan pedas. Makanan pedas bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan perut, malah ia juga boleh menyebabkan kelenjar peluh semakin aktif. Jadi, pilih menu yang terbaik untuk badan.


Pilih Deodorant Jenis Kering

Selepas mandi, kesat bahagian bawah lengan kamu sehingga kering. Kemudian sapukan deodorant yang jenis kering di kawasan tersebut.
Elakkan daripada menggunakan deodorant yang mengandungi minyak wangi. Ini kerana, wangian itu boleh menghasilkan bakteria dengan aktif. Silap haribulan ia mengeluarkan bau yang busuk.

Gunakan baking powder

Baking powder yang boleh didapati di kedai dengan harga yang murah banyak kelebihannya. Anda hanya perlu meletakkan beberapa titik air pada satu sudu baking powder dan gosokkannya pada ketiak anda. Bilas sehingga bersih. Ingat perlu lakukan sekerap mungkin !

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 Si Comell:

Post a Comment

Komenlah jika anda sayangkan blog saye nih .
Trimass ~

 
All Right Reserved by HDYAH